Be Mine . . .

CINTA

ASSalamualaikum w.b.t ..

Aku rase masih belum terlambat ag untuk aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.. Semoga dibulan yang mulia ini dapat meningkatkan keimanan kita..Jadi sesape yang ingin menambahkan pahala, marilah kita beramal soleh dibulan yang mulia ini k. Mana yang jenis sexy mexy tu.. meh la kita hormati bulan yang mulia ini. Mana tau nnty lepas bulan puasa ni..kita terus mengekalkanyya.. =)..

Oke jum kite direct to the topic jek lah ye.. Sebelum itu, sesiapa yang rasa aku taip berterabur dan bercampur baur aku minta maaf ya sayang-sayang sekalian alam semua.. chewaaahhh ;P


Hari ini sekali lagi saya akan mengupas topik tentang cinta. Hal ini terjadi kerana ramai yang bertanyakan pada saya tentang cinta saya.

Biarlah saya menjawab nya disini ya..

Kehilangan seseorang yang amat disayangi memberikan tamparan yang hebat buat aku. Sejujurnya aku telah meredhakan kepergian dia kerana ALLAH S.W.T.. tetapi untuk membina sebuah hubungan yang seperti dulu aku belum bersedia. Apatah lagi sekarang, aku seronok menghabiskan masa dengan kerja, keluarga dan juga benda-benda yang tak berfaedah. Menjadi seorang yang bergelar AKU bukanlah mudah seperti yang semua sangka.. Namun aku yakin aku mampu meneruskan kehidupan ini. Kalau tidak ALLAH S.W.T takkan menguji aku sejauh ini. Dan aku yankin ada jodoh yang pasti buat aku. Andai tiada didunia. Aku menanti di akhirat.

Untuk mencari cinta yang ikhlas bukanlah mudah. Aku inginkan seseorang yang mencintai aku dengan izin Allah.. dan bukannya manusia yang hanya berlandaskan nafsu sahaja. Biarpun aku tidak sehebat siti khadijah , secantik siti zulaikha , malahan selembut saidatina aisyah , tp ak yakin bercinta dengan izin Allah pasti memberikan satu rasa yang tak pernah aku alami dengan mana-mana yang pernah bergelar kekasih ku.

Aku tidak pernah menutup pintu hati ini untuk sesiapa, cuma ak belum bersedia untuk ada komitmen apatah lagi bila ia melibatkan hati dan perasaan. Aku pasti segalanya tidak akn lama anadai hanya untuk mengisi masa lapang.

Jadi kawan-kawan yang paling aku sayangi, doakan je yang terbaik untuk saya k. Insyallah kalau ada satu kampung saya akan kecoh k..

Semoga berkat dibulan yang mulia ini, aku ditemukan dengan seseorang yang aku dambakan.. Amin..

No comments: