Be Mine . . .

Melangkah

Dear Blog,

Agak lama aku tidak berkongsi cerita bersama-sama dengan kamu semua. Seperti biasa ruti harian ku adalah kerja-rumah-tidur-kerja-rumah and so on. Sebelum aku merepek lagi, jum balik kepada tajuk diatas.
"MELANGKAH" . Ye mulai saat ini.. hari ini aku akan terus melangkah kehadapan dan tidak lagi terus hidup dalam kenangan. Usia aku sudah berganjak ke angka 22 dan aku harus dan mesti terima semuanya. Bukan setakat dibibir melafazkan redha tetapi dari hati.. Aku tidak akan lagi bercerita mengenai seseorang yang selalu beraja dihatiku yang telah lama pergi menghadap PENCIPTA. Kepada yang setia membaca blog ku ini, pastu sudah tahu siapa yang ku maksudkan.. bukn kerna rasa cinta telah hilang, tetapi manusia perlukan perubahan.. dan perubahan yang paling besar yang aku lakukan adalah tidak lagi berbicara mengenai Encik Hati. (alfatihah)
Biarlah kenangan kita ini bersemadi dengan diriku dan aku akan sentiasa mengingati mu.. Aku yakin kau juga mahu melihat aku tersenyum kembali ;) ..


Cintaku,
Alfatihah ku kirim buat rindu dan sayang. Tenanglah kau disana. Alfatihah juga buat nenda2ku ;)
'Sampai syurga adalah lagu buat ney. B janji ney lah yang terakhir buat b. Maafkan b atas semua silap b dengan ney' - hingga hujung nyawa saya akan ingat ini semua sayang. Sejujurnya kehilangan awak meragut separuh jiwa saya ;(.. tetapi saya berjanji untuk terus melangkah membina kebahagian saya. Saya yakin awak sudah dapat bidadari awak di sana ;). Amin cinta ku ;)

No comments: